Friday 31 October 2014

LENCANA RASMI PENGAKAP

ASSALAMUALAIKUM

Entry kali ni nak kongsi tentang lencana pengakap. siapa2 yang tengah mencari maklumat tentang lencana pengakap tu boleh la jenguk2 sini... mana tau ada maklumat yang perlu.. 

lencana rasmi pengakap
  • Pecahan 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
  • 2 Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
  • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
  • Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
  • Lingkaran Tali (biru tua) melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
    Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
    Hijau "Pengakap Muda",
    Merah "Pengakap Remaja"
  • Anak bulan dan bintang menunjukkan agama rasmi Malaysia, agama Islam.
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.



lambang pengakap melaysia

Wednesday 29 October 2014

LAGU PENGAKAP MALAYSIA



ASSALAMUALAIKUM

Jom dengar lagu PENGAKAP sebagai halwa telinga hari ni. 

Lets Enjoy!! 


SEKALI BERPENGAKAP SELAMANYA BERPENGAKAP




JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN

ASSALAMUALAIKUM

Allahuakbar! Sampai ke sini rupanya rezeki SK Telok Gadong. Sampai ke JOHOR rupanya team Alpha Warrior ni.. Sampai ke JOHAN rupanya. TAHNIAH SELANGOR. Semua sebab SAKAI. Masing-masing SAKAI.


SAKAI
(Sayang Awak Kerana Awak Istimewa)


persiapan akhir



sebahagian jurulatih Alpha Warrior.












JOHAN PERINGKAT NEGERI SELAGOR

ASSALAMUALAIKUM.....

and again.... JOHAN peringkat negeri Selangor..Tahniah Sk Telok Gadong. Tahniah jurulatih. Tahniah guru pengiring yang berkampung di sekolah dari sebelum peringkat daerah lagi. Tahniah Pengakap for your name and uniform. Walaupun mcm2 dugaan nak sampai ke peringkat ni, tapi semangat sepasukan tetap utuh. Semuanya BERBALOI.

KAWAD
(Kawad Wajib Adanya Disiplin)








PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH KLANG

ASSALAMUALAIKUM

Apa rasanya?? mestilah berdebarrrrr debarr jantungku.. Setelah berhempas pulas buat latihan pagi petang malam tengahmalam pon ada, dan masanya sudah tiba. JOHAN Pertandingan kawad kaki perempuan kategori sekolah rendah kumpulan A. Itu lah dia.. Daripada nombor 3 tahun 2013 and now JOHAN bagi tahun 2014. Hoooreeeyyyy!!! Tahniah Semuanya.. WE DID A GOOD JOB!







PERSEMBAHAN JEMPUTAN DI SMK PULAU INDAH & TELOK GONG

ASSALAMUALAIKUM

Pasukan kawad kaki Alpha Warrior dijemput khas untuk membuat persembahan kawad statik dan dinamik di SMK Pulau Indah. Persembahan jemputan dijalankan selepas semua kategori GO dan NGO sekolah menengah selesai membuat persembahan masing-masing. Memang Superghhh!!



Menunggu giliran sambil menonton persembahan dari sekolah-sekolah menengah



OK! sekarang ke Telok Gong pulak. Persembahan dari pasukan Alpha Warrior sahaja! Hebat kann.. Siap boleh buat pemeriksaan kesihatan PERCUMA lagi tau..





penat beno ghupenyaaaa...

ALPHA WARRIOR @ TEAM KAWAD KAKI

ASSALAMUALAIKUM

Nindiaaa!! Team Alpha Warrior SKTG. Kumpulan ini baru ditubuhkan dalam dua tahun di bawah unit berunifom pengakap. Tahun lepas, pasukan kawad kaki perempuan kategori sekolah rendah dapat nombor 3 je peringkat daerah... tahun ni lain macam sikit dia punya semangat..






KENALI SK TELOK GADONG





Sekolah Kebangsaan Telok Gadong adalah di antara sekolah yang tertua di Malaysia. SKTG telah dibuka pada tahun 1897. Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertik dan Jalan Pelabuhan Klang. Pada masa pembukaan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut.
Bangunan asal sekolah iaitu bangunan hospital lama yang diubahsuai dengan tiga bilik darjah yang menampung 50 orang murid. Pada masa itu Guru Besar yang bertugas ialah Encik Hitam B. Abd. Samad (1896 –1909). Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru didirikan untuk menampung bilik darjah. Pada tahun1935 sebuah bangsal tambahan dibina bagi menampung 300 orang murid.
Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan lama sekolah ini telah dirobohkan dan dibina jalan raya serta rumah.
Sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. Pada mulanya, sekolah ini mempunyai dua buah bangunan sahaja iaitu blok A dan blok B yang menampung sejumlah 600 orang murid. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Harun B. Idris pada tahun 1965 iaitu Menteri Besar Selangor pada masa itu. Sekolah ini hanya mempunyai 10 bilik darjah, sebuah pejabat, padang bola sepak, gelanggang badminton, tandas, tempat letak basikal, bekalan air dan elektrik.
Pada Tahun 1975, sekolah ini mendapat bangunan baru empat tingkat .Bangunan ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Selangor, Sultan Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah pada tahun 1977. Pembinaan bangunan tersebut telah menelan belanja sebanyak setengah juta ringgit. Pada tahun 1983, sekolah ini mendapat lagi dua buah bangunan baru iaitu blok D dan blok E.
Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan dua buah sekolah dengan dua pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Dua. Pada tahun 1990 Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Dua dipindahkan ke sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Rendah Sungai Udang.
Kini, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong mempunyai sebuah bangunan baru setinggi tiga tingkat iaitu blok F yang telah siap pada tahun1998. Bangunan tersebut disediakan satu makmal sains dan 13 buah bilik. Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer telah didirikan di sebelah blok F dan siap digunakan pada tahun 2002. Makmal ini dapat menampung seramai 80 orang murid dalam satu masa.
Pada tahun 2003 pendidikan Prasekolah bermula menggunakan dua kelas di blok F dan menempatkan 50 orang murid.Sebuah blok baru telah dibina untuk Prasekolah Pendidikan Khas yang bermula pada tahun 2008.

SELAMAT DATANG! WELCOME! BONJOUR!

ASSALAMUALAIKUM.

Blog?? Ya! Inilah blog pertama saya lepas kena kerah buat blog untuk Program Latihan untuk Guru TMK (PLuG).





So, I'm just keep calm and create a blog and youuu are welcome to my blog!