ASSALAMUALAIKUM
Entry kali ni nak kongsi tentang lencana pengakap. siapa2 yang tengah mencari maklumat tentang lencana pengakap tu boleh la jenguk2 sini... mana tau ada maklumat yang perlu..
![]() |
| lencana rasmi pengakap |
- Pecahan 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
- 2 Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
- Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
- Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
- Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
- Lingkaran Tali (biru tua) melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
- Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",Hijau "Pengakap Muda",Merah "Pengakap Remaja"
- Anak bulan dan bintang menunjukkan agama rasmi Malaysia, agama Islam.
- Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
![]() |
| lambang pengakap melaysia |


No comments:
Post a Comment